Tuesday, January 25, 2011

Nokia N8 Terbaik


Nokia N8 Terbaik
Posted: 04 Jan 2011 07:33 AM PST
Hai, apa khabar kepada semua pembaca setia. Terima kasih tidak terhingga kerana anda masih setia bersama blog Master ini. Hari ini saya nak ceritakan tentang phone terbaik di dunia.. Ramai guna phone kan? Mestilah, hampir 79% menggunakan handphone. Ada pelbagai jenama seperti Nokia, Sagem, Sony Ericson, Samsung, Motorola, My Iman, IPhone dan banyak lagi. Anda pernah tangkap gambar dan buat video record dengan phone, betul tak? Tapi anda tetap tidak puas hati dengan kamera phone anda.
Tapi saya ada berita gembira buat anda iaitu kemunculan NOKIA N8. Nokia N8 ialah smart phone dan antara model terbaru dikeluarkan oleh Nokia. Design yang unik, touch screen sepenuhnya tanpa Qwerty. Istimewanya Nokia N8 ialah cameranya 12 megapixels..fuhh!! mcm kamera digital, ada flash ada night mode lagi.. cuba tengok kotak nokia N8 :-
haa hebatkan., 12 megapixel sama dengan kamera digital anda yang lain.
Wahh, bestkan dengan N8 nie. Harganya adalah sekitar RM 1500- RM 1700. Mari saya ceritakan sedikit kepada anda tentang N8. Memang rugi kalau tidak beli..hehehe.. Sebagai pengenalan kepada Nokia N8 ini, adalah lebih baik jika sekadar Master Arsyad memperlihatkan design dan interface Nokia N8 terlebih dahulu sebelum kita menyelami lebih dalam apa yang membuatkan handphone keluaran terbaru Nokia ini, memang tersangat-sangat berbeza dengan phone keluaran Nokia sebelum ini. Anda kena tahu Nokia N8 kali ini ialah yang Nokia menggunakan Symbian^3 OS iaitu Mobile OS terbaru dari Symbian. Ini bermakna, phone Nokia sebelum ini, tidak akan pernah sama dengan Nokia N8 dan phone Nokia yang akan datang.. Cuba tengok wajah Nokian N8 dengan dekat.
Nokia N8 adalah seperti iPhone di mana bateri telah terbina dari dalam. Jadi anda memang tidak boleh keluarkan bateri tu kecuali kena susah-payah buka skru dia. Kalau nak beli bateri spare ke apa, memang tak boleh. Ada sebab kenapa mereka buat macam tu. Mungkin kerana mereka percaya yang sistem mereka tidak akan hang/stuck dan mungkin kerana bateri yang tahan lama. Jadi tak perlukan sebarang bateri spare.
Nokia N8 mempunyai 5 warna seperti oren, hijau, biru, kelabu gelap dan perak.
Macam-macam warna ada la.. Anda boleh pilih yang mana anda suka.. Apa yang mampu dikatakan setakat ini, phone ini memang betul-betul amazing! Gambar dan Video time malam sangat cantik (apa lagi siang ye tak?). Speaker yang kuat. Mic juga kuat (tarik suara dari jauh). Sokongan apps yang banyak dari Nokia OVI, internal memori yang besar (16GB) dengan slot MicroSD (32GB) dan macam-macam lagi.. Cuba lihat Specifications dibawah :-
SPECIFICATIONS
- 360 x 640 pixels, 3.5 inches screen
- Multi-touch input method
- Proximity sensor for auto turn-off
- Accelerometer sensor for UI auto-rotate
- Scratch resistant Gorilla glass display
- 16 GB storage, 256MB RAM, 512 MB ROM
- GPRS Class 33
- EDGE Class 33
- 3G HSDPA, 10.2 Mbps; HSUPA, 2.0 Mbps
- Wi-Fi 802.11 b/g/n, UPnP technology
Bluetooth v3.0 with A2DP
- TV-out (720p video) via HDMI and composite
- Dolby Digital Plus via HDMI
- Anodized aluminum casing
- Digital compass
- MP3/WMA/WAV/eAAC+ player
- DivX/XviD/MP4/H.264/H.263/WMV player
- Voice command/dial
- Document viewer (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Video/photo editor
- Flash Lite v4.0
- Music playback Up to 50 h
- Battery Li-Ion 1200 mAh (BL-4D)
- Weight 135 g
Banyak lagi spec Nokia N8 ni. Kalau anda nak tahu lebih spec sila klik link biru ni :- www.nokia.com.my .Cuba lihat video dibawah yang membuatkan anda melupakan handphone lain dan terliur melihat kecanggihan Nokia N8.
P/S: Anda kena ingat yang Nokia N8 dicipta bukanlah untuk compete with an iPhone 4. Ianya dicipta untuk menjadi device gambar dan video yang terbaik pernah anda miliki. Master tahu anda tidak sabar tunggu review Nokia N8. Nantikan yang lebih gempak dari Nokia N8 saya.

aplikasi untuk twitter


Posted: 23 Jan 2011 08:20 PM PST
Hari ini saya gembira sangat kerana setelah sekian lama, minggu ini saya dapat buat twitter. Maklumlah banyak yang kena tumpu dalam perniagaan online dan 0ffline.. Ramai sering bertanya saya tidak ada twitter ke? Saya jawab “tiada masa lagi untuk buat”..hehehe..senang saja jawapan saya. Harap anda semua ada twitter ya sebab ramai yang sudah ada twitter. Pssst, nak bagitau anda bahawa artis pon ada twitter. Mereka selalu online. Contoh artis yang saya jumpa, Aznil nawawi dan Zizan Raja Lawak..hehehehe..
Cara nak daftar tidak susah sebab perlukan 3-4 minit sahaja kemudian anda boleh bermain twitter. Biar saya ajar anda perkara asas bagi mereka yang belum ada twitter :-
  1. Klik www.twitter.com
  2. Klik Sign up dan anda ikut peraturan yang diberikan
  3. Selepas siap daftar sila lihat akaun email anda dan klik link verifikasi untuk mengesahkan pendaftaran email anda.
  4. Haa, anda berjaya menyiapkan akaun twitter anda. Sekiranya anda mahu ubah gambar @ tukar background, anda perlu tekan setting untuk mengubah ikut citarasa anda.
  5. Jangan lupa follow saya tau. Klik sini..
Sekiranya anda tidak suka dengan background yang disediakan, anda boleh upah saya pada harga serendah RM15. Baik, anda sudah belajar yang asas.. Sekarang mari kita godek lagi ilmu twitter.
Twitter adalah sebuah layanan jaringan sosial yang luar biasa yang telah menjadi favorite dalam waktu singkat dan memiliki jutaan pengguna berdaftar.
Di bawah ini ada beberapa aplikasi twitter yang anda boleh cuba.
1. Destroy Twitter – Kena install dulu. Destroy Twitter ni rupa dia macam YM. Okey la cepat juga. Tak payah nak masuk Web. Nak try klik gambar kat bawah ni.
2. Twhirl – Lebih kurang je macam Destroy Twitter. Tapi Twhirl ni mudah dan compact. Kalau ada update baru saja, dia akan keluar dan mengeluarkan bunyi. Mudah la kita nak tahu apa yang latest terjadi. Nak try klik juga gambar kat bawah ni.
3. Echofon :-  Boleh download via Macintosh, iPhone dan Firefox. So saya pakai Firefox la. Mudahnya ialah apabila buka Windows Firefox, Echofon ni akan displayed on bottom right. Klik button and keluar. Oh tersangat mudah. Try klik bawah kalau nak tahu.
4. TweetDeck :- Oh ini yang paling best. Memang pantas dan mudah. Macam Twhirl juga kalau ada je update baru akan keluar terus dan mengeluarkan bunyi burung. Memang Twitter itu sendiri seekor ‘burung’. Macam biasa, klik gambar kat bawah ni. Sekiranya anda nak upload gambar @ video ke twitter, saya sarankan anda guna TweetDeck. Memang best.
Haaa.. da puas pun terangkan pada anda tentang fungsi aplikasi twitter ini.
Jangan lupa klik butang share facebook dan butang tweet sebagai sokongan terhadap artikel ini.
P/S : Pertandingan Peraduan “Aku Ada Impian” sudah bermula. Sertailah untuk mendapat hadiah yang menarik. Anda boleh klik banner di sebelah kanan atas :D

Sunday, January 2, 2011

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!
Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.


5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

marhaban4u.com

11 Formula Kejayaan

11 Formula Kejayaan!

oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb


1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.


6: Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri…

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... marhaban4u.com