Thursday, December 16, 2010

Hantu Kak Limah Kutip 2 Juta Dalam 1 Minggu

Hantu Kak Limah Kutip 2 Juta Dalam 1 Minggu


Jumlah pungutan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah kini sudah mencecah angka RM2 juta sejak tayangan pertama pada 9 Disember 2010. Mesej pemberitahuan RM2 juta itu di keluarkan di laman Facebook Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kini diminati oleh 9,574 Facebookers.. Kutipan sebanyak 2 juta dalam masa seminggu benar-benar membanggakan, kami pasti usaha jerit payah pelakon bekerja keras menjayakan filem ni amat berbaloi. Kami sebagai penonton amat puas hati menonton filem ni dan kami mengaku menontonnya dua kali (tak puas tengok sekali geng!) untuk gelak maksima. Mesej untuk Abang Mamat Khalid: Terima kasih pada Abang Mamat sebab mengarah filem yang benar-benar menghiburkan! Kami sekeluarga berjemaah ke panggung semata-mata nak tengok filem Hantu Kak Limah dan kami ketawa bersama-sama!. Karya Abang Mamat menyatuhkan kami sekeluarga. Thank you, thank you! Kami benar-benar merekemenkan filem ni, taraf 5 bintang !!


sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... marhaban4u.com