16/12/2008 – Pemenang-pemang tiket Konsert Gemuruh telah dipilih! Semak inbox emel anda jika anda salah seorang peserta peraduan komen Konsert Gemuruh DT di laman Nuffnang. Anda mungkin bakal berjumpa Wings dan Search Konsert Rock tergempar akhir tahun ini.
Promo Konsert Gemuruh DT Ekslusif


Anda peminat Search dan Wings? Ingin berjumpa dan bergambar bersama Search dan Wings? Jangan tinggalkan peluang anda kerana 2 Sesi Berjumpa Peminat bakal diadakan di 2 lokasi berikut;
The Summit, Bukit Mertajam
Tarikh : 16 Disember, 2010
Masa : 5.00pm hingga 6.30pm
Sunway Pyramid
Tarikh : 23 Disember, 2010
Masa : 5.00pm hingga 6.30pm
Jumpa di sana!

Jika anda pengguna DiGi, ini berita baik untuk anda. Nikmati 30% diskaun apabila anda membeli tiket Konsert Gemuruh DT. Cukup mudah, hanya tunjukkan skrin telefon bimbit anda yang memaparkan DiGi dan anda akan menikmati diskaun tersebut! Ayuh, cepat-cepat kalau nak beli tiket. Nanti kalau dah habis, jangan nangis pula. ;)
Ingat lagi Konsert Double Trouble 2 beberapa bulan lepas di mana 2 gergasi rock tanahair, Search dan Wings yang mengegarkan Stadium Larkin di Johor Bahru?
Dua kumpulan rock lagenda, Search dan Wings bakal disatukan sekali lagi di dalam Konsert Gemuruh DT dengan sokongan serta kerjasama padu dari pihak DiGi! Suntingan perkataan ‘Gemeruh’ telah dipetik dari kehebatan lagu tema konsert Double Trouble yang berjudul ‘Gemuruh’. Manakala DT pula dari sengkatan Double Trouble. Maka terlahirlah, Konsert Gemuruh DT!


Konsert Gemuruh DT dianggap sebagai penyatuan semula dua kumpulan legasi rock yang telah pun bertahan melebihi dua dekad. Saingan yang hebat dengan kemunculan kumpulan-kumpulan rock yang jauh lebih muda dan bertenaga tidak sesekali mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang di persada seni. Search dan Wings tetap unggul di hati peminat-peminat mereka yang setia.
Pasti ribuan peminat-peminat Search dan Wings di sebelah utara sudah tidak sabar lagi menunggu kehadiran dua kumpulan rock tersohor ini beraksi di atas pentas yang sama. Sejarah muzik tempatan akan tercipta sekali lagi kerana DT artis merupakan dua kumpulan rock tempatan pertama diberikan penghormatan mengadakan konsert tersendiri di Surf Beach @ Sunway Lagoon.


Sebagai rakan media online kepada Konsert Gemuruh DT anjuran RYE Production, kami di Nuffnang akan memberikan 30 tiket Konsert Gemuruh DT Pulau Pinang dan 50 tiket Konsert Gemuruh DT Sunway Lagoon kepada para blogger yang merupakan peminat musik rock tanahair.
Bagaimana anda boleh memenangi sepasang tiket untuk Konsert Gemuruh DT? Senang saja, 2 langkah mudah seperti berikut;
1. Tinggalkan komen anda di post ini dan nyatakan lokasi Konsert Gemuruh DT yang anda ingin hadiri.
2. Dalam komen yang sama, beritahu kami lagu mana yang anda paling minati dari Search dan Wings dan kenapa Search dan Wings merupakan lagenda rock tanah air.
40 komen terbaik (15 untuk lokasi Pulau Pinang, 25 untuk lokasi Sunway) akan memenangisepasang tiket ekslusif Konsert Gemuruh DT yang bakal mengegarkan hujung tahun 2010!


Sebagai penaja utama Konsert Gemuruh DT, DiGi menawarkan pelbagai cara untuk memenangi tiket percuma atau diskaun pembelian tiket Konsert Gemuruh DT. Lawati laman DiGi untuk maklumat lanjut.
Bagi mereka yang ingin membeli tiket Konsert Gemuruh DT, maklumat lanjut boleh didapati dari laman facebook Konsert Gemuruh DT.
Terma & Syarat
1. Peraduan komen hanya dibuka kepada ahli komuniti Nuffnang berstatus Glitterati sahaja.
2. Komen akan dinilai berdasarkan kreativiti oleh panel hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
4. Keputusan akan diumumkan pada 8 Disember 2010.
5. Pemenang-pemenang tiket akan dihubungi melalui emel.
6. Pemenang-pemenang dikehendaki menuntut tiket daripada pejabat Nuffnang KL bagi Konsert Gemuruh DT Sunway dan daripada pejabat Nuffnang Pulau Pinang bagi Konsert Gemuruh DT Pulau Pinang. Maklumat lanjut akan diberi melalui emel kepada pemenang-pemenang tiket.