Sunday, December 26, 2010

Kerja-kerja di Amazon Mechanical Turk




Amazon Mechanical Turk merupakan salah satu peluang untuk mereka yang ingin bekerja di rumah. Saya juga telah mencubanya dan hasil usaha yang dilakukan saya telah mendapat lebih $200 US Dollar dalam masa 3 bulan.

Kerja-kerja di Amazon Mechanical Turk
  • Menulis artikel
  • Menjadi fan di facebook
  • Menyertai forum
  • 'Bookmark' lama web
  • Membuat review bagi filem
  • Menjawab soalan
  • Menangkap gambar
  • Mencari maklumat di internet
  • 'Data entry job' atau memasukkan maklumat
  • dan pelbagai lagi
Bilakah Anda Akan Dibayar

Apabila 'requester' meluluskan/'approve' kerja anda, anda akan dibayar mengikut jumlah yang telah mereka tetapkan. Wang tersebut akan dikumpulkan di akaun Amazon anda.

Berapakah Jumlah Wang yang Boleh Saya Dapat?

Setiap kerja/task dipanggil HIT. Bagi setiap HIT, bayaran yang diberikan pada kebiasaannya rendah kerana kerja yang ditawarkan adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Bayaran yang dikenakan bagi setiap HIT adalah lebih kurang $0.01- $100 US Dollar.

Bagaimana Saya Boleh Mendapat Duit?

Sekiranya anda mempunyai akaun bank di Amerika Syarikat,anda boleh bank-in duit anda ke dalam akaun anda di Amerika Syarikat. Tetapi, bagi saya yang tidak mempunyai akaun bank di Amerika Syarikat, jadi, saya menukarkan wang yang diperoleh ke gift certificate untuk berbelanja di www.amazon.com. Anda boleh membeli peralatan elektronik, jam tangan, pakaian, dan seterusnya shipping ke Malaysia.

Jumlah Minimum untuk Cash-Out

$10.00 minimum untuk pengeluaran duit ke akaun bank.
$1.00 minimum untuk menukarkannya kepada Gift Certificate.
nak tahu lebih lanjut klik sini https://www.mturk.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... marhaban4u.com