Tuesday, December 28, 2010

Norhafiz perkukuh skuad Jang

Norhafiz perkukuh skuad Jang

KEHADIRAN pemain pertahanan negara, Nor hafiz Zamani Misbah dalam barisan baru Negeri Sembilan dijangka mengukuhkan skuad itu dalam menghadapi kempen saingan Liga Malaysia 2011, yang membuka tirai 15 Januari ini.

Walaupun pemain berusia 29 tahun itu kini dalam proses memulihkan kecederaan lutut dialaminya ketika beraksi bersama skuad kebangsaan pada Sukan Asia di Guangzhou bulan lalu, pengurusan pasukan tetap mengharapkan sumbangan terbaik pemain berpengalaman itu.

Norhafiz akur tanggungjawab besar dipikulnya apabila bersetuju menyarung jersi Negeri Sembilan terutama memenuhi impian pasukan itu.
Dia berjanji menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin dan berazam menggunakan sepenuhnya pengalaman bagi menjayakan misi Negeri Sembilan mempertahankan kejuaraan Piala FA, memenangi trofi Liga Super dan merampas kembali Piala Malaysia.

“Matlamat itu tidak mustahil dicapai seperti kejayaan pasukan negara menewaskan juara bertahan Vietnam pada Piala Suzuki AFF.

“Saya yakin dengan persiapan rapi dan sumbangan terbaik pemain selain sokongan padu penyokong, kejayaan pasti dikecapi,” katanya.
Bekas pemain KL Plus itu mengaku terkilan kerana kecederaannya itu mungkin menghalangnya beraksi pada awal saingan.

“Saya harap kecederaan ini cepat sembuh dan pada masa ini, saya yakin boleh beraksi lebih awal daripada jangkaan iaitu Mac tahun depan.” Mengulas kejayaan pasukan negara di Piala Suzuki, Nor hafiz yakin skuad negara mampu menjuarai kejohanan itu jika setiap pemain mengekalkan prestasi di separuh akhir.

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

sumber yang boleh dipercayai mymetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... marhaban4u.com