Thursday, December 16, 2010

Planet Nibiru Langgar Bumi Sebabkan Kiamat Tahun 2012

Planet Nibiru Langgar Bumi Sebabkan Kiamat Tahun 2012




Desas desus yang menyatakan Planet Nibiru akan melanggar Bumi lalu menyebabkan bencana berupa kiamat pada tahun 2012 nanti seperti yang dilihat dalam filem 2012 sebenarnya adalah kenyataan dibuat-buat. Ramai pengguna internet benar-benar takut dengan kenyataan itu justeru mecetuskan topik yang benar-benar menyeramkan. Semua orang tidak mahu kiamat berlaku dua tahun lagi. Pihak NASA telah mengesahkan tidak ada nama Planet Nibiru di angkasa. NASA turut mengesahkan Tidak ada objek besar di angkasa lepas yang dikenalpasti boleh membawa ancaman besar kepada bumi secara ‘direct impact’. Entah dari mana desas-desus ini datang. Tak kiralah dari mana pun, kesannya sungguh dahsyat sebab sesiapa saja terbaca perkataan “kiamat pada tahun 2012″ pasti berpeluh-peluh ketakutan, berdebar tak semena-mena. Amalan tak sebanyak mana, dosa pula tak sempat dibersih habis semuanya.
cosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... marhaban4u.com