Tuesday, December 28, 2010

11 penaja sokong GP Joran Dungun


11 penaja sokong GP Joran Dungun



kUALA LUMPUR: Bahang kemeriahan menjelang pusingan akhir Karnival GP Joran 2010 semakin terasa apabila sebahagian besar penaja setia pertandingan memancing itu menyerahkan tajaan kepada Unit Joran Berita Harian. 

Tajaan daripada wakil masing-masing diserahkan kepada Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid, di Balai Berita, Selasa lalu. Hadir sama Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah.
Penajaan Universal Fitness & Leisure (UFL-Coleman) diserahkan Pengarah Urusannya, Datuk Radna Krisnan; Gardenia diwakili Eksekutif Pemasarannya, Lavinia Anthony; Adabi diwakili Eksekutif Pemasarannya, Norol Liza Zainal Abidin; manakala Superbest Power diwakili Pengarahnya, Nur Azila Mohd Nasir.
Penaja lain ialah Tce Tackles, Nestle/Maggie, Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas), Raudah Herb Sdn Bhd, Noraini's Cookies dan Bot Explorer Sdn Bhd. Penaja utama Karnival GP Joran 2010 ialah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang menaja dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza kepada juara Grand Slam bagi Kategori Laut dan Kategori Pantai. 

Pada majlis sama, UFL-Coleman turut menyerahkan tajaan dua bot getah Fish Hunter masing-masing bernilai RM4,000 untuk hadiah pemenang kedua Grand Slam bagi kedua-dua kategori. 

Pengurus Besar UFL-Coleman, Ahmad Termizi Mahmud, pihaknya akan mengadakan jualan diskaun sehingga 70 peratus beberapa produk edarannya di tapak karnival di Padang Astaka, Dungun, hari ini dan esok. 

“Pengunjung yang berminat mendapatkan barangan jenama Coleman seperti beg, bot getah, khemah, pisau lipat dan lampu suluh bolehlah mengunjungi gerai kami yang akan dibuka mulai jam 10 pagi Sabtu hingga 2 petang Ahad. Selain itu, kami menjual beberapa produk berkaitan memancing seperti kotak penyejuk, kotak umpan dan termos air dengan harga menarik,” katanya. 
Bagi pengunjung mahu menikmati kelazatan kopi kesihatan, Superbest Power dan produk Adabi mereka boleh mendapatkannya di gerai penaja di lokasi yang sama sepanjang karnival. 

Pusingan akhir Karnival GP Joran 2010 mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Terengganu. 

Kaki pancing yang mahu menyertai Kategori Pantai boleh mendaftar terus di kaunter urus setia Unit Joran di Padang Astaka dengan yuran RM100 mulai jam 10 pagi ini hingga 98 pagi esok. Juara Kategori Laut dan Pantai akan mendapat RM20,000; kedua RM10,000 dan ketiga RM4,000 serta 30 hadiah lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... marhaban4u.com