IBUNDA SELAMAT HARI IBU
Masih ku ingat detik itu. Hampir 14 tahun kukira, ibunda tercinta pergi meninggalkan dunia fana ini. Terkilan diriku tatkala tidak sempat berada disamping beliau saat hembusan nafas terakhir. Mungkin sudah suratan aku bukanlah manusia yang Tuhan tentukan untuk bersama mama buat kali yang terakhir. Tetapi Alhamdulillah... waris nya yang kukira mama sangat sayangi iaitu kedua-dua ADIK ADIKku sempat menemani beliau melalui saat-saat yang paling menyakitkan itu. Pergilah mama.... aku redha. Mungkin dengan pemergian mu dapat menghilangkan segala derita penyakit yang kau tanggung.
Setelah ketiadaan mama.... aku cuba mengutip sisa-sisa kekuatan mengembalikan semangat ku untuk terus hidup tanpa mu. Saat itu aku terlalu sakit... pedih, pilu.. dan entah apa perasaan lagi yang tidak dapat ku gambarkan. Mama tinggalkan diriku saat aku begitu memerlukan dorongan dan sokongan nya dalam kisah hidupku ini. Aku pujuk diriku agar menerima takdir Yang Maha Kuasa. Andai teringat akan dirimu.. air mata ini tanpa segan silu mengalir. Tetapi aku hanya menangis dalam tidurku supaya tidak ketahuan oleh orang lain. Ku rasakan aku begitu muda saat itu untuk menanggung kepiluan ini. Di usia baru mencecah 18 tahun.. tambahan aku adalah satu-satunya anak LELAKI KEDUA di kalangan adik-beradikku membuatkan aku merasa tidak betah hidup tanpa seorang ibu yang akan memberi tunjuk ajar dan nasihat dari perspektif seorang LELAKI. Aku merasa sangat kehilangan kerana Mama turut membawa separuh dari semangat ku pergi.
Kini, aku telah bergelar SEORANG PENJAWAT AWAM di Malaysia. Sayang nya.. kejayaan ku ini hanya dapat dikongsi bersama ayah dan adik-beradikku sahaja. Aku tahu.. mama sedang melihat aku dan merasa bangga akan kejayaan kecil ku ini. Kiranya kau tahu wahai ibu... kau sentiasa ku letak di tempat teratas dalam hatiku selepas Allah dan Rasul. Semakin hari.. kurasakan seperti personaliti dirimu terpantul ke dalam peribadiku. Aku hanya tersenyum pilu sahaja apabila ramai yang menegur mengatakan senyuman ku seperti mu. Refleksi wajahmu juga tidak ketinggalan diwarisi diriku. Mata kuyu mu turut ku warisi tanpa ku sedari. Perasaan sedih telah semakin luput ditelan masa. Kini aku boleh tersenyum bangga kerana aku masih dapat meneruskan hidupku dengan sisa nasihat dan kasih-sayang mu terhadap ku dan keluarga kita.
Kami anak-anak mu sentiasa mendoakan kesejahteraan mu di alam sana. Ku berdoa dan berharap agar Tuhan pertemukan kita sekeluarga dalam Syurga Firdausi. Salam sayang buat ibunda tercinta... semoga kau tenang dan sejahtera di sana. Al-fatihah buat mu....
Tulus dari hati yang menyayangi...,
ANAKMU YANG MERINDUIA SAAT PEMERGIAN
AL FATIHAH
INGATAN KEPADA SAHABAT ANDAI INGATLAH BERILAH SEGALA PERHATIAN DAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA KITA SELAGI ADA JIWA DI BADAN BERILAH SEGALA KESENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT YANG ABADI SELAGI HIDUPNYA SENTIASA DIDEPAN MATA KITA....
DRP fariz golddollar<Photo 1>
No comments:
Post a Comment