Tuesday, December 28, 2010

Pembuka Tirai Joran 2011 tawar RM26,000

Pembuka Tirai Joran 2011 tawar RM26,000

Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my

HADIAH keseluruhan berjumlah RM25,750 dan hadiah iringan menanti peserta Pertandingan Memancing Pembuka Tirai Joran 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 9 Januari (Ahad) depan. 

Juara membawa pulang wang tunai RM12,000; kedua RM4,000; ketiga RM2,000 dan keempat RM1,000.
Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah berkata, pertandingan Pembuka Tirai Joran 2011 kali ini masih mengekalkan konsep sapu bersih bagi 10 spesis yang dipertandingkan.
“Konsep sama masih dikekalkan seperti tahun lepas iaitu 10 spesis dipertandingkan seperti toman, pacu, ketutu, patin, belida, jelawat, haruan, ikan raja, tilapia dan tongsan. Keli pula disenaraikan dalam kategori khas. 

“Konsep sapu bersih membolehkan peserta memenangi seberapa banyak hadiah bagi setiap kategori. Jika tangkapan diadili paling berat, peserta layak memenangi hadiah utama. Bagaimanapun, peserta yang memenangi kategori khas keli tidak layak merangkul hadiah keseluruhan,” katanya. 

Dalam pada itu, penganjur Berita Harian menawarkan hadiah wang tunai kepada juara spesis terberat kepada kategori yang dipertandingkan. Juara membawa pulang RM300; kedua RM200 dan ketiga RM100. Manakala spesis ikan keli hadiah wang tunai RM350; kedua RM250 dan ketiga RM150. 

Mizal berkata, borang penyertaan boleh didapati dalam Berita Harian bermula 25, 27, 29 dan 31 Disember selain 4 dan 9 Januari. Akhbar Harian Metro pada 28 dan 30 Disember serta 3, dan 7 Januari depan. Yuran penyertaan RM70 satu joran. 
“Orang ramai boleh mendaftarkan diri seawal mungkin di Unit Joran, Berita Harian selepas mendapatkan borang yang dikeluarkan ini. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan yang berlaku semasa hari pertandingan nanti. 

“Kaunter pendaftaran turut dibuka di Rumah Sampan berhampiran Taman Tasik Titiwangsa sebelum waktu pertandingan yang bermula 8 pagi dan tamat jam 1 tengahari,” katanya. 

Pendaftaran juga boleh dibuat di Unit Joran Berita Harian, Jalan Riong Bangsar dekat sini, dengan menggunakan borang rasmi pertandingan bagi melayakkan menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal Modenas. 

Untuk itu, sebanyak 1,200 kemeja T disediakan penganjur untuk peserta yang mendaftar awal. Maklumat lanjut hubungi Unit Joran di talian 03-22822323 sambungan 4240/4241 dan 4242. 

sumber yang boleh dipercayai bharian online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... marhaban4u.com