Aku Masih Dara adalah filem yang membongkar keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja. Filem ini mengisahakan gelagat tiga gadis beragama Islam iaitu Aleesya, Sofea dan Hani yang menjadi kaki clubbing. Aktiviti dominan mereka adalah bergaul dan bersuka ria tanpa mengenal batasan, tanpa sempadan. Segala-galanya mula berubah apabila Firdaus muncul. Firdaus adalah lelaki warak, Aleesya adalah sepupu kepada Firdaus.
Farid Kamiil melakonkan watak jahat dalam filem Aku Masih Dara ni. Berikut adalah petikan dari blog peribadi Farid Kamil pada 25 Disember 2009 jam 5:09 petang, bertajuk Now Shooting “Aku Masih Dara”:
“Saya sebagai Zach… kisah budak2 clubbers yang terlibat dengan gejala dadah dan seks bebas…insyaALLAH kami akan ke Cameron Highlands untuk melengkapkan scene dalam filem ni..”
Kata Ahmad Idham yang menjadi pengarah untuk filem Aku Masih Dara, filem ni digarap berdasarkan kisah benar remaja sosial untuk memaparkan kisah-kisah remaja Islam yang gaya hidup mereka jauh menyimpang dari landasan sebenar. Temanya lapuk dan sudah lama tapi disampaikan dengan cara baru untuk membuat lebih ramai orang membuka mata pada kisah-kisah sebegini.
Selepas kejayaan filem Syurga Cinta dengan tema dakwah melalui cinta, Aku Masih Daramembawa kini tema yang sama. Sebenarnya tema sebegini amat disukai ramai. Jika Mawi menjadi pelakonnya, pasti mendapat sambutan hangat.
No comments:
Post a Comment